Saturday, November 28, 2009

Congratulations To Kak Lang

Bertolak ke rumah kakak pada pukul 10.00am sebab nak attend kenduri kesyukuran masuk rumah baru dan anak no.3 iaitu nabila dapat 5A dalam UPSR baru-baru ni...singgah rumah emak kat Bukit Rokan dan terus ke rumah kakak...setelah segalanyer selesai.pukul 10.30pm terus balik ke Seremban bcoz tomorrow hubby kena kerja...Then,kalau tak silap sampai kat Seremban dalam pukul 12.00pm..penatnyer

Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua...tahun ni 'turn' balik Melaka..kitaorang bertolak balik pun lambat macam takder 'mood' jer...raya haji lah katakan...Mia dah bising-bising bila nak balik kampung..ntah la takder mood nak buat camner....

Thursday, November 26, 2009

Bawak ADdif ke KPJ

Aku ambil half day untuk hantar Adif ke KPJ untuk berjumpa dengan Dr. Noriman iaitu Pakar Mata di KPJ...then,doktor mengesahkan bahawa ada masalah pada mata adif,kena buat appointment seterusnya pada satu tarikh yang datang dan tunggu confirmation insurans sama ada boleh claim atau tidak...

Wednesday, November 18, 2009

My Friend,Happy Birthday To You...

Happy Birthday to my friend today...May God bless you always...

Tuesday, November 17, 2009

Hari Ke-2 Hari Q




Hari ni hari ke-2 Hari Q sekolah mia...aku ambil cuti hari ni..hubby plak shift petang this week...Adif pun join sekali kitaorang dan malas lak rasanya nak send dia kat rumah babysitter ....hari ni Mia dapat 2 anugerah iaitu Pelajar Cemerlang Prasekolah 2009 dan Anugerah Matapelajaran Tertinggi Prasekolah dengan markah 97.5%.Patutlah beria-ia suruh kitaorang attend Hari Q ni,rupa-rupanya ada suprise untuk kitaorang...memang agak terkejut...Anyway..to Cikgu Su..thanks a lot atas bimbingan yang diberikat to Mia..
Hubby pun offer nak hadiah apa kat Mia...then dia demand nakka 'basikal' coz basikal dia dah lama rosak...nak tak nak kenalah tunaikan permintaan si kakak nampaknyer...
To Damia,ibu harap kakak dapat kekalkan kecemerlangan ini sampai bila-bila..Insyaallah...

Monday, November 16, 2009

Hari Q Sek. Keb. Tmn Sri Mawar

Aku n hubby gi sekolah Damia untuk support Hari Q sekolah dia...ramai parents yang hadir...aku masuk office lambat sikit hari ni..nama Mia tersenarai dalam nama pelajar prasekolah yang paling banyak membaca di dalam kelas ..tu pun kitaorang baru tau masa ambil aturcara majlis pada pagi tu...kitaorang tergezut gak sebab yang kitaorang tau mia ni malas sangat membaca kat rumah....ayah dia pun rasa pelik gak...anyway... congrat tu Nur Damia Farisha... terukan usaha...

Thursday, November 12, 2009

2nd day kursus

Pagi-pagi dah kena bangun....malasnyer...Bleh tak kalau tak payah pegi kelas hari ni???Malas sangat...tapi,ku gagahkan diri jugak untuk bangun pagi tu...Dalam kelas tak dapat pay attention langsung,mata ni asyik nak terlelap jer...Jam demi jam berlalu....
Ha,kelas nak nak selesai....seronoknyer...bleh balik...sempat gak singgah kat Rabbit Farm kat Bukit Tinggi tu...but nothing there lah...cuma ada beberapa ekor arnab yang comel-comel dan kuda kot...aku pun tak berapa sure...after lepak-lepas jap barulah kitaorang meneruskan perjalanan balik...
On the way turun ke bawah...aku,mas dan azura dah mula pening-pening kepala dan nak muntah...camner nih???Last-last mintah abang hatta berhenti kat hentian rehat yang nearest kat situ...jam dah kul 5pm dah ni...rasa masa cepat sangat berlalu..aku dan mas pergi terus ke surau untuk rehat dan hilangkan rasa loya tadi...cam orang mengandung lak aku rasa..termuntah-muntah...
On the way ke Seremban,jalan jammed giler maklumlah orang balik keje..sumer nak cepat sampai ke rumah..akhirnya perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 2 jam telah terlajak sampai 3 jam lebih..aduh,penatnyer...sok gi dah nak kejer...

Wednesday, November 11, 2009

Kursus...kursus



















Kursus e-tanah selama 2 hari diadakan di Bukit Tinggi,Pahang...Mia dan adif aku tinggalkan kat rumah babysitter iaitu makcik ani kat Taman Sri Mawar je..malas lak nak poskan kat kampung ...sebab Mia nak gi sekolah dan taknak ambik 'Off' katanyer...
Dalam kursus kali ni PTGNS dan semua pejabat tanah daerah di N.Sembilan terlibat coz tak lama lagi sistem e-tanah akan menggantikan sistem yang sedia ada tak lama lagi...pagi-pagi dalam kul 8.00am kitaorang dah bertolak...aku suruh driver pick up kat rumah jer,malas lak nak bawak kereta kat wisma negeri tuh...nanti nak ambik kereta balik kan ke menyusahkan hidup aku....
After abang hatta jemput aku,ambik mas plak nasib baik rumah kitaorang ni dekat-dekat dan lastly sekali jemput cik din kat tmn pinggiran golf lak...sampai kat Bukit Tinggi lebih kuran gdalam kul 10 lebih,tu pun aku dah mula loya-loya dan pening kepala da...aku ni bukannyer bleh pegi tempat-tempat tinggi ni...memang 'alah'...
Program start dalam kul 11.00am dan jadual memang pack sampai ke malam...takder masa nak rest langsung...kelas habis then terus masuk bilik dan tak sedar bila terlelap..tut...tut..dah pagi...alah,nak gi kelas lagi...

Monday, November 9, 2009

Cabut gigi

Gigi ni dah dah lama berdenyut-denyut cuma malas nak pergi check...yang aku ingat paling last aku jumpa doktor gigi pada tahun 2007 dan aku terpaksa korbankan gigi geraham aku ni masa bulan puasa (seminggu puasa)..ni memang dah tak tahan lagi ni memang 'harus' aku korbankan gigi geraham bahagian atas pulak...
Aku ambik half day dan pergi ke klinik gigi kat jalan zaaba,seremban..punyalah lama menunggu gigi aku makin sakit dan berdenyut-denyut ni...pegi pukul 2.00pm dan kul 3.00pm baru cabut gigi..punya lah sakit tak terkata..maklumlah doktor pelatih yang buat..nak jer aku terus cancelkan..tapi apakan daya sakitnyer dah tak tertahan lagi...pas settle cabut gigi,darah plak tak henti-henti kuar,kapas yang dibekalkan oleh klinik pun 'ciput' jer..last-last pergi farmasi beli kapas baru dan ubat tahan sakit...adus..insaf aku sekejap cabut gigi kat klinik ni,kalau bleh lain kali taknak pegi kat sini lagi...