Wednesday, June 30, 2010

Hari Repot Kad

Hari ni masuk lambat ke ofis kerana aku kena attend ke sekolah mia untuk ambil repot kad sekolah..siap ada penyampaian hadiah tu..terkejut gak sebab pada kebiasaannya hanya jumpa cikgu dan cikgu akan jelaskan mengenai prestasi anak kita tapi sekolah ni lain sikit.Peperiksaan setengah tahun pun ada penyampaian hadiah sekali...







Friday, June 18, 2010

Cuppies for Linda

Cuppies ini ditempah oleh linda sempena pertunangan adik lelakinya...tema campur-campur..sebab cuppies ni hanya untuk dimakan jer...very nice..kata linda..



Monday, June 14, 2010

Exam di UNITEN 14-16 Jun,2010

Hari ni sehingga hari rabu nanti aku exam KPSL di UNITEN..matilah aku sebab memang tak sempat nak buat preparation..so,masuk dewan nanti belasah jerlah...berpeluh jugak dibuatnya dalam dewan peksa..lainlah kalau dah ready..ni tak ready apa-apa pun...doakan moga aku suksess ya..

Sunday, June 13, 2010

Musim buah 'doyan'...

Hari ni hantar emak balik ke kampung...ajak duk lama-lama dia taknak,bosan katanya..mana taknyer jiran-jiran aku suma muda-muda...dan kebanyakannya bekerja...nak taknak terpaksa jugak hantar dia balik kampung...kalau ikutkan hati nak jer suruh dia duduk rumah aku kebetulan mia pun masih cuti sekolah bolehlah nanti dia temankan 'uwan' kat rumah nanti...

Kebetulan,asben aku keja pulak...dan tang-tang tu jer dalam pukul 11.00 pagi asben aku balik..katanya mak mertua aku suruh balik kampung kat melaka ambik 'doyan' yang dah mula gugur satu persatu...wah,puasnya makan doyan tahun ni...sampaikan dah tak larat nak makan...

Lepas singgah rumah mak mertua,terus hantar mak aku balik ke bukit rokan..bukan main happy budak-budak ni dapat balik kampung...rasa-rasnaya aku pun dah lama tak balik sebab emak aku asyik transit kat rumah anak-anaknyer...lepas solat magrib baru balik ke seremban sebab esok nak keja...adus...tensionnyer,esok nak exam...


Dalam kete,on the way balik melaka


Mia & adif (singgah KFC)


My mother...

Thursday, June 10, 2010

Projek Baru

Hari ni kebetulan cuti,so siapkan tempahan zana dan kak fakriah..buat 1 set cupcake (moist cake ) dan mufin 5 flavor..berpeluh jugak nak menghabiskan order ni..tapi alhamdulilah,akhirnya berjaya jugak..horey...horey...


Cuppies for zana


Dah ready..


Choc moist cake


Cuppies for makan-makan


5 flavour

Tuesday, June 8, 2010

"Mahalnye Doyan'

Percaya atau tidak 'doyan' ni aku beli dengan harga rm12 sekilo,setau aku now musin 'doyan' tapi naper mahal sangat...tapi disebabkan nak makan sangat aku beli jugak...tekak ni dah mengidam kot...yang aku ingat,dulu aku beli rm8 je sekilo,tapi sekarang dah naik 50% la plak...fening-fening...tapi untuk u allnyer pengetahuan,isinyer memang 'cantik-cantik'..puas hati kalau beli...kalau tak cayer cubalah layan gambar kat bawah ni...hekhekhek....




Thursday, June 3, 2010

Kursus










Kursus ni sebenarnya dari semalam,2 hari iaitu kursus MPK & FM anjuran pejabat aku...fasi adalah dari MAMPU...seronok juga...

Wednesday, June 2, 2010

Birthday Adif ke-2
















Tahun ni adif dah masuk 2 tahun,buat anak ibu...HAPPY BIRTHDAY TO U....jangan nakal-nakal yer...moga menjadi seorang anak yang taat kepada ibu dan ayah..