Thursday, December 31, 2009

Daftar sekolah Tahun 1










Hari ni 31hb Disember 2009 merupakan hari pendaftaran sekolah damia,mia akan masuk Tahun 1 pada tahun ni..rasa-rasanyer sekejap jer dia dah besar..bertolak dari rumah pukul 8.00am dan hantar adif ke rumah makcik ani dulu...urusan selesai lebih kurang dalam pukul 12.00pm

Petangnyer,ada aktiviti yang menunggu...baking-membaking..bukan baking aper,cuma siapkan tempahan member yang nakkan cupcake blueberry dalam 200pcs,jenuh jugak nak buat tu...dan akhirnya,lebih kurang dalam kul 11.00pm berjaya gak aku habiskan kerja-kerja tersebut...fuhh..lega

Wednesday, December 30, 2009

Jamuan birthday PTGNS bulan Nov & Dis 2009



Semalam adalah jamuan sempena sambutan hari jadi staff PTGNS untuk bulan 11 dan 12.Menu pada kali ni macam-macam dengar-dengar sate disponsor oleh staff yang dapat KUP...orang belanja mestilah sedap...hahaha,jangan marah yer korang..gambar korang tak sempat nak snap cuma yang sempat aku snap gambar aku ngan haizi jer..jangan la korang marah..

Tuesday, December 29, 2009

Parcel dari Kedah


Nak tau apa kandungan dalam parcel ni???hahaha,takder ape sebenarnyer....ni adalah baju-baju sekolah Mia yang kakak jahit dan poskan kat aku...buat gempak jer kan...

Monday, December 28, 2009

Selamat Pengantin Baru,Jefri & Wife










Kitaorang menghadiri majlis perkahwinan jeff di Taman Tuanku Jaafar,Seremban.Rumahnyer dekat dengan besan emak aku..dan Jefri ni adalah kawan tempat kerja hubby...Kebetulan sampai jer rumah pengantin dalam kul 12 lebih...gerimis pun mengundang nasib baik kitaorang tak kebasahan dan basah kuyup..agaknyer hujan rahmatlah kot...kepada kedua-dua mempelai diucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU,MOGA BAHAGIA SELAMA-LAMANYA...Amin...

Sunday, December 27, 2009

Basikal baru & preparation for school






Hari ni hubby bawak kitaorang pergi ke satu tempat,rupa-rupanya melawat ke kedai basikal kat Taman Kemunig..rupa-rupanya dia nak 'suprise'kan Mia dengan sebuah basikal katanya hadiah sempena dapat no.1 dalam kelas prasekolah hari tu...apa lagi mia tersengeh-sengeh lah sebab dapat basikal baru...
Then,pergi shopping untuk persediaan mia untuk sekolah baru nanti...semuanya nak benda baru,kalau camnni ni tiap-tiap tahun kopak lah poket aku laki bini...boleh pening kitaorang camni dengan perangai anak dara sorang ni...asyik nak melawa pun satu hal jugak..pening botul kepalo eden ni...

Saturday, December 26, 2009

Wet World,Pedas






Pagi-pagi lagi mia dan adif dah ready nak gi jalan..ke mana???ke WET WORLD,PEDAS tempatnyer dekat jer lebih kurang dalam 30 minit dari rumah..sepatutnya kitaorang pergi pada minggu lepas tetapi disebabkan ramai sangat orang sampaikan nak parking pun takder,kitaorang terpaksa jer balik sampaikan damia tarik muka 14..so,sebagai menunaikan janji nak bawak jalan kitaorang bawak diorang ke sini je lah...tu pun dah ok kot????kira orait lah tu kan mia...Jom kita saksikan aksi adif dan mia..yahooo...

Mufin Blueberry




Ni la hasil kerjaku,saje je suka-suka buat mufin blueberry ni..taklah cantik mana tapi rasanya ok la..boleh buat bisnes ni akan datang..

Friday, December 25, 2009

Adif merajuk lagi



Ntah ape kenanyer dengan budak sorang nih,asyik merajuk dan nak dukung jer hari ni...aku pun tak tau dia nak apa sebenarnya,penat tul aku layan kerenah budak sorang ni lah...tengoklah muka dia..teruk tul bila merajuk..hehehe..

Wednesday, December 23, 2009

Suatu hari di KWSP






Hari ni pegi KWSP uruskan pengeluaran rumah....pegi awal pagi sebab tak ramai orang,fuh nasib baik urusan sekejap jer...

Tuesday, December 22, 2009

Kena jaga ofis

Hari ni boss,fara n cc gi kursus kat PD sampai 24hb nanti..apa lagi,pagi-pagi lagi bos dah mintak aku n en. din jaga ofis dan pantau sfaff..tengahari tak bleh gi mana-mana dengan haizi sampailah 24hb nanti..sorry haizi..

Monday, December 21, 2009

Hanphone baru

Malam ni hubby ajak keluar,dia jak tukar h/phone aku yang telah aku beli sejak 6 tahun dulu ntah aku pun dah tak ingat..kira dah lama jugak lah..katanyer hadiah untuk aku sebab tahun ni tempat keje hubby kasi bonus kepada staf sebanyak 2 bulan..
Dia belikan handphone Sony Ericson K770i..kalau tak silap la..nanti aku check balik...to hubby,thank you..muah..

Thursday, December 17, 2009

Adif kena cucuk 1 1/2 tahun

Early morning dah keluar pegi Klinik Ampangan bcoz ada appointment untuk cucuk umur 1 1/2 tahun...parking penuh n terpaksa parking kat luar klinik jer...menunggu punyalah lamer...rasa 'fed up' jugaklah,bayangkanlah nak tunggu panggil nama pun kena tunggu 1 jam...
After settle everything pegi hantar hubby untuk medical check up pulak kat Klinik Anjung Karisma kat Levender Heights...
Dalam kul 3.00am,badan adif mula panas dan demam...alamak..camner nih..

Sunday, December 6, 2009

Cuti ..

Badan rasa tak sihat,so hari ni aku ambik emergency leave...budak-budak pun tak hantar ke rumah babysitter...

Saturday, December 5, 2009

Kenduri kahwin anak Dato' PTGNS

Hari ni attend kenduri kahwin anak Dato' Zafarudin...big boss PTGNS.Aku konvoi ngan haizi sekeluarga dan cik din serta isteri...lepas makan terus balik sebab hubby nak masuk kerja kul 3.00pm

Saturday, November 28, 2009

Congratulations To Kak Lang

Bertolak ke rumah kakak pada pukul 10.00am sebab nak attend kenduri kesyukuran masuk rumah baru dan anak no.3 iaitu nabila dapat 5A dalam UPSR baru-baru ni...singgah rumah emak kat Bukit Rokan dan terus ke rumah kakak...setelah segalanyer selesai.pukul 10.30pm terus balik ke Seremban bcoz tomorrow hubby kena kerja...Then,kalau tak silap sampai kat Seremban dalam pukul 12.00pm..penatnyer

Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua...tahun ni 'turn' balik Melaka..kitaorang bertolak balik pun lambat macam takder 'mood' jer...raya haji lah katakan...Mia dah bising-bising bila nak balik kampung..ntah la takder mood nak buat camner....

Thursday, November 26, 2009

Bawak ADdif ke KPJ

Aku ambil half day untuk hantar Adif ke KPJ untuk berjumpa dengan Dr. Noriman iaitu Pakar Mata di KPJ...then,doktor mengesahkan bahawa ada masalah pada mata adif,kena buat appointment seterusnya pada satu tarikh yang datang dan tunggu confirmation insurans sama ada boleh claim atau tidak...

Wednesday, November 18, 2009

My Friend,Happy Birthday To You...

Happy Birthday to my friend today...May God bless you always...

Tuesday, November 17, 2009

Hari Ke-2 Hari Q




Hari ni hari ke-2 Hari Q sekolah mia...aku ambil cuti hari ni..hubby plak shift petang this week...Adif pun join sekali kitaorang dan malas lak rasanya nak send dia kat rumah babysitter ....hari ni Mia dapat 2 anugerah iaitu Pelajar Cemerlang Prasekolah 2009 dan Anugerah Matapelajaran Tertinggi Prasekolah dengan markah 97.5%.Patutlah beria-ia suruh kitaorang attend Hari Q ni,rupa-rupanya ada suprise untuk kitaorang...memang agak terkejut...Anyway..to Cikgu Su..thanks a lot atas bimbingan yang diberikat to Mia..
Hubby pun offer nak hadiah apa kat Mia...then dia demand nakka 'basikal' coz basikal dia dah lama rosak...nak tak nak kenalah tunaikan permintaan si kakak nampaknyer...
To Damia,ibu harap kakak dapat kekalkan kecemerlangan ini sampai bila-bila..Insyaallah...

Monday, November 16, 2009

Hari Q Sek. Keb. Tmn Sri Mawar

Aku n hubby gi sekolah Damia untuk support Hari Q sekolah dia...ramai parents yang hadir...aku masuk office lambat sikit hari ni..nama Mia tersenarai dalam nama pelajar prasekolah yang paling banyak membaca di dalam kelas ..tu pun kitaorang baru tau masa ambil aturcara majlis pada pagi tu...kitaorang tergezut gak sebab yang kitaorang tau mia ni malas sangat membaca kat rumah....ayah dia pun rasa pelik gak...anyway... congrat tu Nur Damia Farisha... terukan usaha...

Thursday, November 12, 2009

2nd day kursus

Pagi-pagi dah kena bangun....malasnyer...Bleh tak kalau tak payah pegi kelas hari ni???Malas sangat...tapi,ku gagahkan diri jugak untuk bangun pagi tu...Dalam kelas tak dapat pay attention langsung,mata ni asyik nak terlelap jer...Jam demi jam berlalu....
Ha,kelas nak nak selesai....seronoknyer...bleh balik...sempat gak singgah kat Rabbit Farm kat Bukit Tinggi tu...but nothing there lah...cuma ada beberapa ekor arnab yang comel-comel dan kuda kot...aku pun tak berapa sure...after lepak-lepas jap barulah kitaorang meneruskan perjalanan balik...
On the way turun ke bawah...aku,mas dan azura dah mula pening-pening kepala dan nak muntah...camner nih???Last-last mintah abang hatta berhenti kat hentian rehat yang nearest kat situ...jam dah kul 5pm dah ni...rasa masa cepat sangat berlalu..aku dan mas pergi terus ke surau untuk rehat dan hilangkan rasa loya tadi...cam orang mengandung lak aku rasa..termuntah-muntah...
On the way ke Seremban,jalan jammed giler maklumlah orang balik keje..sumer nak cepat sampai ke rumah..akhirnya perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 2 jam telah terlajak sampai 3 jam lebih..aduh,penatnyer...sok gi dah nak kejer...

Wednesday, November 11, 2009

Kursus...kursus



















Kursus e-tanah selama 2 hari diadakan di Bukit Tinggi,Pahang...Mia dan adif aku tinggalkan kat rumah babysitter iaitu makcik ani kat Taman Sri Mawar je..malas lak nak poskan kat kampung ...sebab Mia nak gi sekolah dan taknak ambik 'Off' katanyer...
Dalam kursus kali ni PTGNS dan semua pejabat tanah daerah di N.Sembilan terlibat coz tak lama lagi sistem e-tanah akan menggantikan sistem yang sedia ada tak lama lagi...pagi-pagi dalam kul 8.00am kitaorang dah bertolak...aku suruh driver pick up kat rumah jer,malas lak nak bawak kereta kat wisma negeri tuh...nanti nak ambik kereta balik kan ke menyusahkan hidup aku....
After abang hatta jemput aku,ambik mas plak nasib baik rumah kitaorang ni dekat-dekat dan lastly sekali jemput cik din kat tmn pinggiran golf lak...sampai kat Bukit Tinggi lebih kuran gdalam kul 10 lebih,tu pun aku dah mula loya-loya dan pening kepala da...aku ni bukannyer bleh pegi tempat-tempat tinggi ni...memang 'alah'...
Program start dalam kul 11.00am dan jadual memang pack sampai ke malam...takder masa nak rest langsung...kelas habis then terus masuk bilik dan tak sedar bila terlelap..tut...tut..dah pagi...alah,nak gi kelas lagi...