Tuesday, July 21, 2009

Program Wanita Bahagia Keluarga Sejahtera

Hari ni masuk hari ke-2...pagi-pagi lagi dah bangun untuk aktiviti riada pagi kat beach...Adif yang kecik ni pun kene kejutkan untuk gi riadah walaupun umurnyer baru setahun...kecik-kecik dah kene exercise..hehehe..

Lepas breakfast dalam kul 8.30pagi,aktiviti dalam kelas bersambung...Fasilitator dari Melaka iaitu Encik Nordin yang handle program nih...seronok gak..Program ni berkisar kepada kehidupan kekeluargaan suami isteri dan anak-anak...mengimbau kisah persahabatan dan pertemuan suami -isteri dan cabaran di dalm kehidupan berumahtangga...

Buat pertama kalinya,aku berduet nyanyi karaoke dengan 'hubby'ku...kitaorang nyanyi lagu Jamal Abdillah dan Fran iaitu 'Kehebatan Cinta'...Gempak wei...ye lah firstime kan...memang jadi sejarah hari ni...Program diteruskan hingga ke malam lebih kurang dalam kul 11.00 malam...

No comments:

Post a Comment