Saturday, March 6, 2010

Ayah botakkan kepada

Hari ni hubby keje,kitaorang anak beranak duk jer rumah tak kemana-mana..lagipun tengah-tenghari malas nak keluar sebab cuaca masih lagi hangat ketika ni..walaupun didesak beberapa kali oleh mia yang tak sabar-sabar nak keluar tu...tension tul anak dara sorang ni..tapi aku inform apa-apa hal kena tanya ayah dia dulu,barulah dia diam...

Malamnya berulah kitaorang keluar,itupun ayah dia ajak temankan botakkan rambut dia n adif sekali...yang paling kelakar,bila sampai turn adif dia dah menangis sakan..agaknya tak sanggup kena 'botak kepala'..tapi sebenarnya dia takut kat budak india iaitu 'tukang gunting' rambut tu..rasa-rasanya ini dah kali ketiga kitaorang pergi kedai gunting yang sama tapi time nak gunting rambut dia jer,dia terus melalak..tapi yang aku 'heran bin ajaib' time bawak gi 'salon amoi' kat belakang Giant Senawang tu,dia senyap jer bila amoi tu 'botakkan' rambut dia..memilih betullah anak aku ni,kalau orang pompuan 'menyerah' diri pulak tu..'fening-fening'...

No comments:

Post a Comment