Wednesday, November 11, 2009

Kursus...kursus



















Kursus e-tanah selama 2 hari diadakan di Bukit Tinggi,Pahang...Mia dan adif aku tinggalkan kat rumah babysitter iaitu makcik ani kat Taman Sri Mawar je..malas lak nak poskan kat kampung ...sebab Mia nak gi sekolah dan taknak ambik 'Off' katanyer...
Dalam kursus kali ni PTGNS dan semua pejabat tanah daerah di N.Sembilan terlibat coz tak lama lagi sistem e-tanah akan menggantikan sistem yang sedia ada tak lama lagi...pagi-pagi dalam kul 8.00am kitaorang dah bertolak...aku suruh driver pick up kat rumah jer,malas lak nak bawak kereta kat wisma negeri tuh...nanti nak ambik kereta balik kan ke menyusahkan hidup aku....
After abang hatta jemput aku,ambik mas plak nasib baik rumah kitaorang ni dekat-dekat dan lastly sekali jemput cik din kat tmn pinggiran golf lak...sampai kat Bukit Tinggi lebih kuran gdalam kul 10 lebih,tu pun aku dah mula loya-loya dan pening kepala da...aku ni bukannyer bleh pegi tempat-tempat tinggi ni...memang 'alah'...
Program start dalam kul 11.00am dan jadual memang pack sampai ke malam...takder masa nak rest langsung...kelas habis then terus masuk bilik dan tak sedar bila terlelap..tut...tut..dah pagi...alah,nak gi kelas lagi...

No comments:

Post a Comment