Sunday, February 28, 2010

Balik kampung

Takde rancangan,balik kampung masjid tanah,melaka.


Adif gian nak naik 'walker'


Tasbih ni 'atuk'nyer


Apa 'binatangnyer' ni???

Friday, February 26, 2010

Sambutan Maulidul Rasul NS

Tahun ni dan tahun sebelum-sebelumnya,aku tak missed join perarakan sempena perarakan maulidul rasul peringkat NS..seronoknyer berselawat ramai-ramai..yang paling seronok,kami sekeluarga join perarakan kali ni...nanti bolehlah dijadikan aktiviti tahunan keluarga...

Pukul 7.00am dah keluar rumah dan parking kereta di Wisma Negeri,nampaknya tahun ni sambutan kurang meriah sikit sebab tak ramai yang hadir lagipun masa berarak,hujan renyai-renyai lah pulak...mia pun dah mengadu sakit kaki sebab lama sangat berdiri..orait,next year bleh join lagi..


Mia firstime join perarakan tahun ni


Hujan renyai-renyai baru reda


Adif n ayah pun turut berarak sama


Seronoknyer mia..


Pentas diraja tak nampak sangat sebab jauh dari group PTGNS

Thursday, February 25, 2010

Ceramah Etika PTGNS

Hari ni takde plan ke mana-mana,so tengahari duk kat opis jer..penat lak rasanya nak gi jalan...lagipun petang ni ada ceramah etika anjuran ofis aku..penceramahnya ialah Ustaz Norazamir,Timbalan Mufti Negeri Sembilan..start kul 3.00pm kat Dewan Theterate,Wisma Negeri. Aku kenal ustaz ni semasa berkhidmat di Jabatan Agama NS dulu..ceramahnya memang mengancam,tak mengantuk langsung...seronok dan enjoy dan masa yang diperuntukkan memang tak cukup...hopefully,next time bolehlah jemput ustaz ni lagi..


Ustaz Norazamir sedang menyampaikan ceramah beliau

Wednesday, February 24, 2010

Jom makan..Hang Li Po..

Hari ni pergi lunch dengan sarah,haizi dan en. din kat Restoran Nasi Ayam Hang Li Po kat Levender Heights...memang dah lama nak pergi tapi tak berkesempatan..sebab hari ni takder planning ke mana-mana kita orang ke sana je lah..bukan selalu dapat keluar ramai-ramai cam ni..

Kebetulan sarah nak jumpa kitaorang sebab lama tak jumpa dia...untuk pengetahuan semua,bleh tahan sedap jugak nasi ayam kat sini...'mabeles'...hehehehe..jom layan..



Ini lah tempat lunch kitaorang hari ni


Tak sabar-sabar sarah nak rasa nasi ayam ni


Sedap nasi ayam ni...


Sementara tunggu order,posing dulu..


Haizi,concentrate nampak...


Inilah owner restoran ni..


Bergambar kenangan kat sini


Wah,sonyum lebar en. din


Cantik hiasan dalam restoran ni..


Best....

Monday, February 22, 2010

Kek dan mufin

Hari ni mia calebrate birthday dengan cikgu dan kawan-kawan sekelas..beria-ria sangat dia...sukalah tu sebab tahun ni firstime dapat sambut dengan kawan-kawan yang ramai...semasa dalam kereta dia sibuk bercerita pasal sambutan birthday pagi tadi,dan kata dia cikgu kata kek yang aku buat tu sedap..ntah ia ntah tidak lah tu...

Sekarang tengah berhantu nak buat kek jer,seronok lak rasanya tengok orang makan hasil air tangan kita...apatah lagi kalau kawan-kawan kata sedap..so,balik dari kerja cam biasalah,terus masuk ke dapur dan godak-godak tepung dan coklat bar tu..

Kali ni buat 2 jenis iaitu kek coklat yang dibakar (biasanya buat versi kukus jer) dan coklat chip mufin..biasanya kek dan mufin yang terhasil ni aku akan beri pada makcik ani (babysitter) dan kawan-kawan se'ofis'...



Kek coklat yang belum di'make-up' lagi


After make-up


Baru keluar oven ni..


Letak coklat cip n almond

Sunday, February 21, 2010

Birthday Damia 7 tahun

Hari ni genap umur mia 7 tahun,happy birthday kakak..moga menjadi anak yang taat kepada ibu dan ayah dan belajar rajin-rajin...sempena birtday mia tahun ni,dia request supaya buatkan sebiji kek coklat moist untuk dia...kira orait lah tu...

Pada sebelah malamnyer,kitaorang tunaikan permintaan mia..cakap jer nak makan dan pergi mana...nasib baiklah request dia tak berat sangat...so,malamnyer kami sekeluarga gi jalan-jalan kat giant senawang jelah untuk memenuhi hasrat dia...dah itu yang dia mintak...sekali lagi to mia..HAPPY BIRTHDAY...


3 jenis kek untuk mia iaitu kek coklat moist,kek gula hangus dan cupcake tak sempat topping


Kek hari jadi yang tak seberapa


Posing ngan adif


Ibu,beli la 'hamster' ni..kata mia...


Besarnyer ikan ni..cantik...


Round dengan ayah n adif kat giant


Sebelum keluar jenjalan...


Nak beli apa lagi ni...


Bergambar ngan 'unclemisai' jap


Adif nak bergambar jugak...

Tuesday, February 16, 2010

Balik seremban dah...

Bertolak balik ke seremban dalam kul 3.00pm dan sampai lebih kurang pukul 5.00pm..penatnyer,esok dah nak keje balik..seronoknyer cuti panjang macam ni...kini tinggallah wan siah sorang-sorang kat rumah..kesian kat uwan...



Adif n ayah


Mia n wan siah


Mia 'luv' wan

Monday, February 15, 2010

Rumah wan siah...

Adif n mia happy balik kampung sebab ramai kawan-kawan,kebetulan sepupu-sepupu yang balik kampung pun ramai minggu ni..ada balkish,nelly,aqil dan camelia,kebetulan anak busu takder iaitu umairah balik kampung atuk dan nenek dia kat kelantan.

Lepas lunch,bertolak balik ke kampung mak aku pulak..seronoknyer...mak aku ni tinggal sorang-sorang jer kat rumah..ajak duduk kat seremban dia tak mahu...mak prefer duduk kat rumah dia jer...aku pun tak tau nak buat dan pujuk cammaner lagi..

Kat rumah mak pun tidur semalam jer..esok dah nak balik ke seremban...


Ayam takder pun kat kampung wan ni..


Penat lah,minum susu dulu lah...


Apa yang kelakar sangat tu mia???


Sambung balik minum susu....lah

Sunday, February 14, 2010

Balik kampung...

Gong Xi Fa Cai...hari ni hari raya...ye..ye..ye...tapi raya cina la...hubby overtime sampai kul 3.30pm,public holiday pun keje gak...sebelah petangnyer,kitaorang sekeluarga bertolak balik ke melaka..rumah parents hubby..

Sebelah malamnyer,keluar pergi pasar malam kat Masjid Tanah..konon-kononnya nak cari buah berangan,macam mengidam lak aku ni...lama tak makan buah tu..tapi,puas round benyak kali tapi takda orang jual buah tu...frust tul aku...biasa ada jer orang yang jual,time sungguh-sungguh nak takder lak saper yang jual..aku pun balik dengan penuh hampa...tidur semalam je kat melaka dan esoknyer bertolak balik rumah mak aku kat bukit rokan...dah lama tak jumpa mak...ghindu lah kat mak...


Mia kat rumah wan


Nelly,jom kita gi round-round nak tak???


Jom,saper nak tumpang naik motor ni???


Mia dan Batrisya


Seronoknya balik kampung,ada wan ngan atuk burn...

Saturday, February 13, 2010

Tak gi jalan-jalan...

Weekend ni takda wat apa...hubby keje lak sampai kul 11.00pm lak tu..huh..tension tul duk rumah...malas lak nak keluar tambahan pulak sekarang ni cuaca tengah panas kat negeri sembilan...apa lagi,nampaknyer duk je la dediam kat rumah...

Hari ni masak 'spesel' sikit lah untuk budak-budak ni...lama tak beli ketam,asyik-asyik ayam,ikan...loya lak tekak ni...so,dalam tengahari keluar gi pasar beli ketam dalam 3 pcs jer...sebab family tak ramai..tu pun belum 'conpem' habis...

Sambil-sambil tu mia sibuk sediakan 'gift' untuk birthday mia nanti...katanya untuk kawan-kawan kat sekolah...dan aku lak sibuk kat dapur...excited tul 'anak dara' sorang ni nak celebrate birthday pada 21hb nanti...



Wah,tekunnyer mia...


Adif pun nak tolong jugak ker?????


Ni nak kasi kat kawan-kawan nanti...


Dah siap...ketam masak lemak..nyum...nyum..nyum...


Ketam yang belum dimasak lagi...