Friday, October 29, 2010

My Birthday












Hari ni merupakan besday aku yang ke 33 tahun..tengah malam tadi 'asben' suprisekan aku dengan kek besday dan hadiah sekali..terima kasih ye sayang atas segalanya...i love you...

Final TM Piala Malaysia 2010


bestnyer dapat tiket free....


Hari ni dapat tiket untuk tengok bola sepak final Piala Malaysia antara N.Sembilan dan Kelantan pada 30hb Oktober iaitu esok...wah,rege tiket bola pun dah mahal sekarang ni..tapi mujurlah aku daat tiket free..hikhikhik....

Thursday, October 28, 2010

Tempahan Kek Coklat Moist


Kek Coklat Moist
1.5kg
RM35.00



Best


Kek yang belum di'make-up' lagi

Kek Coklat Moist ni ditempah oleh Kak Maznah ofismate aku....katanya anaknya paling suka makan kek coklat...harap anak kak maznah suka yer...

Meroti la pulak...


Design roti yang tak seberapa...


Firstime buat roti

Entahlah,semenjak beli mixer baru ni macam-macam yang aku nak buat...semalam donu hari ni aku try buat roti pulak...aku tak pernah lagi buat roti selepas aku attend kursus dengan kak mastura hari tu...yelah,nak buat roti dan uli dengan tangan jenuh jugak...

Kebetulan,bahan-bahan nak buat roti tersebut memang ada dalam simpanan so,aku pun try jugaklah buat...dan inilah hasilnyer...bolehlah,mia pun suka..dan 'asben' pun suka jugak dan siap bawak bekal pergi keja...

Wednesday, October 27, 2010

Donut







Donut ini aku belajar masa kursus pertanian dulu...memang gebus giler,buat pun tak banyak kerana ini adalah percubaan pertama..alhamdulilah,rasanya pun ok..

Saturday, October 23, 2010

Game Dart, PTGNS







Hari ni ada game dart sempena bulan sukan pejabat aku..aku sebagai ketua kumpulan bertanggungjawab memastikan semua game kitaorang yang menang,hehehehe.....perasanlah pulak tu...

Sebenarnya,hari ni adalah game yang pertama iaitu DART.Aku dari team SUZUKI akan menentang kumpulan YAMAHA,HONDA dan MODENAS...firstime main dart ni.Sepatutnya,hari ni 2 game tapi disebabkan game dart tu lama sangat,so game KAROM terpaksa ditangguhkan. Dan akhirnya kumpulan aku berjaya mengalahkan kumpulan lain dan dinobatkan sebagai JUARA.Caiyok SUZUKI...

Friday, October 22, 2010

Berjaya Steel Sdn. Bhd.















Hari ni aku dan beberapa ofismate aku mengadakan lawatan mengejut ke kilang Berjaya Steel di Nilai..sebab selama ni aku view dalam internet jer...kami bertolak dalam pukul satu sebab rehat hari jumaat lama sikit..so bolehlah tengok apa-apa yang berkenan di hati..

Sampai sana dalam 1/2 jam aja..puas jugak mencari kilang ni lagipun semua kngkawan aku tak familiar ngan kawasan kilang kat sini..lepas hampir 1 jam mencari aku terjumpa dengan mixer yang menjadi pujaan hatiku...aku mesti beli kali ni sebab dah lama aku teringin buat roti..so,sesapa yang berhajat nak buat bisnes in future bolehlah buat survey ke kilang ni nanti...hope enjoy layan gambar ni..

Saturday, October 16, 2010

1 Malaysia 1 Halal







Hari ni aku bawak adif dan mia pergi ke Kompleks Belia dan Sukan Paroi unuk tinjau-tinjau program yang dianjurkan oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan iaitu tempat kerja lama aku...

Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 12.00 t/hari..memang seronok dan sampai-sampai jer susahnyer nak cari tempat parking..last-last parking kat atas jambatan taman negeri..takperlah asalkan ada parking kete aku...

Seronok jugak sebab banyak sangat gerai yang ada kat sini...dan sempat jugak aku masuk ke dewan seminar mengenai sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM Malaysia..akhirnya selepas 2 jam kat sana,anak aku mula buat hal...nak itulah..nak inilah...macam-macam peel dia..fening-fening kepalaku ini...

Monday, October 11, 2010

Big Apple Donut





Lunch aku hari ni ialah big apple donut yang aku beli di Jucso S2..tetiba rasa teringin makan donut pulak...yang paling ku suka ialah yang orang panggil 'ALIEN' ni...amvoi-amboi...memang sedap giles....

Saturday, September 11, 2010

Salam Aidilfitri











Raya tahun ni aku sambut di Masjid Tanah,Melaka selepas 2 kali sambut raya di gemencheh...sedihlah jugak bcoz tak dapat berapa dengan emak aku....hukhukhuk....kepada semua,aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin...

Thursday, September 9, 2010

Persediaan Akhir Aidilfitri





Esok jadi raya ke tidak?????Entahlah..kalau jadi ok,kalau tak jadi pun ok jugaklah...Tahun ni turn raya di Melaka,...balik-balik jer bapa mertua aku kata nak buat lemang....nampaknyer,asben aku kena bakar lemanglah nampaknye...bleh ker ni???aku pun tak confident ni...

Tapi ada hikmahnya jugak sebab aku dapat belajar macammana nak buat lemang dan proses-proses yang berkaitan...rupa-rupanya senang jugak nak buatnyer...kiranya berbaloi jugaklah beraya kat melaka tahun ni...

Wednesday, September 8, 2010

Menu berbuka





Teringin nak makan fast food...so,balik kerja terus singgah ke Giant Ampangan dan beli Pizza Hut dan KFC...bila puasa ni selera macam-macam...beli punya banyak tapi makanan tak dapat dihabiskan kerana perut telah penuh dengan air...

Monday, August 23, 2010

Majlis Berbuka Puasa PTGNS 2010

Hari ni attend majlis berbuka puasa anjuran PTGNS yang diadakan di Dewan Serbaguna,SUKNS. Pada tahun ni,pertama kalinya aku join program tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadhan tahun ni.Sampai ke SUKNS dalam pukul 6.30pm bersama-sama asben.mia dan adif.








Friday, August 20, 2010

Berbuka di Klana Resort,Seremban

Sampai lebih kurang pukul 6.45pm..ramainya orang berbuka kat sini..sure kaya hotel ni pada bulan puasa ni..hehehehe...







Thursday, August 19, 2010

1st biskut raya

Tat Nenas mendahului biskut-biskut lain tahun ni sebab kuih ni paling senang nak buat....lagipun adif suka sangat makan kuih ni..so,adif jadi tester untuk biskut aku ni..



Saturday, August 7, 2010

Kelas Mufin & Cream Puff

Bertempat di Mastura Kek aku n cc nana menghadirkan kelas kat sini buat kali ke-3..sebelum ni kelas roti dan cupcake..pelbagai jenis mufin yang kitaorang buat..sekejap jer kitaorang dah berjaya menghasilkan pelbagai jenis mufin..kelas bermula pada pukul 10.00am habis dalam pukul 11.30am. Horey,banyaknyer mufin yang dapat bawak balik lebih kurang dalam 20pcs dam nufin-mufin tersebut aku sedekahkan pada babysitter dan jiran-jiran aku.Pas ni bolehlah try-try buat bisnes kecil-kecilan...insyaallah..








Tuesday, August 3, 2010

Mufin Coklat Cip

Mufin coklat cip ni aku buat untuk makan-makan jer dan disedekahkan pada kawan-kawan satu opis..Nyum..nyum...nyum...




Monday, August 2, 2010

Cupcake Emergency

Cuppies ni ditempah oleh efa sempena birthday suaminya iaitu bakri..ni pun last minit order nasib baik sempat jugak buatkan..tq efa...